Selama ni, aku hidup dengan pemikiran bahawasanya setiap masalah atau dugaan pasti ada jalan penyelesaian,setiap sakit pasti ada penawarnya. Dan semestinyalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Betul tak. alhamdulillah, semua cobaan sebelum ini aku dapat selesaikan dengan izin Allah.
Cuma baru baru ini aku diuji, mungkin untuk tengok kekuatan aku menghadapi dugaan. Aku ditimpa satu perkara yang tiada jalan penyelesaian. Untuk menjadikan cerita ini tidak semakin complicated, aku dikatakan sakit. Jadi aku pun pegi hospital untuk buat medical check up. Seminggu selepas aku masuk universiti. Aku punya happy jangan cakaplah, sebab aku ingat lepas je aku check up,mesti doctor akan jumpa rawatan atau 'cure' untuk penyakit aku ni. Sebabnya dah lama aku rasa sakit dan tak selesa,cuma tak bagitahu orang je. Sekarang ni baru aku bagitahu.
Rabu- Pagi-pagi Hanim dah bangun sebab nak gi check up. Semangattttt kannn.Terus pergi clinic swasta sbb tak lama menunggu and abah mama pun dah kenal lama nurse-nurse kat sana.
Bila dah check up,eh doctor kata tak nampak apa-apa yang memusykilkan. Hello ingat i tipu ke?! Hahaha so doctor kata pergi check kat KPJ sbb clinic ni ada facilities yang tak cukup contoh mcm x ray (x ray yang paling aku perlukan time tu). So daripada pergi KPJ,abah kata baik pergi Columbia Asia Hospital, sebab dulu pun mama selalu admitted situ. Buat appointment then esok baru dtg.
Khamis- Hanim bangun awal lagi! Sepraiss sangat kan huhu. Datang je sana kemain ramai lagi,mungkin haritu mmg tetibe ramai sakit ke kan. Okay dah penat menunggu, nama aku pun dipanggil oleh nurse. Masuk bilik doc bawak mama abah ok. Ahaha then ada la check up yang kena settlekan. Lepas menunggu lagi,result medical check up pun keluar. Masuk dgn mama je kalini...
Doctor kata,yes,im different. Im not like others. And what sucks, he said that nothing can be fixed. Saya dilahirkan macam tu. And masa tu, i feel like the doctor is crazy. Macam mana dia boleh cakap mcm tu kat aku sedangkan for the rest of my life, aku ingat after this, after the treatment, after the physiotherapy, after the operation (if needed) i could be back to normal! Masa doctor cakap macam tu, i cant even cry tau. It feel like hati tu tersentak and speechless. 'So am i going to live like this forever?' 'siannya husband aku nanti' sempat lagi menggatal Hanim ni.
Aku tak nangis depan doctor, depan mama pun tak. Hanya mengangguk je. Masatu aku baru tahu tak semua benda kita nak kita akan dapat. And, im still thinking that setiap masalah ada solution but not mine for this time i guess?
'Its okay lah nim,everyone is not perfect. At least ure special'
Ayat nak sedapkan hati.
Doakan lah aku ni kuat untuk menghadapi semua onar dan dugaan pada masa hadapan. Huhuhu. Salam.
No comments:
Post a Comment