Sunday, June 12, 2016

Homesick teruk



Tajuk pun dah sheram kan. Sebelum start, aku akan bagi definition of homesick pada pandangan aku lah eh.

Homesick ni macam satu penyakit mengada ngada bila kau duduk jauh dengan family, kau teringat rumah kau,teringat bilik kau,teringat toilet and whatsoever. Dan yang paling utamanya,kau akan teringat family kau especially your parents. Nak nak kau pulak tak pernah duduk boarding school or tak pernah berjauhan dengn family

Dan aku sedang melalui zaman kepahitan hidup homesick tu sekarang.

So aku almost 2 weeks masuk universiti. 4 hari MDS (Minggu Destini Siswa) dan seminggu kat sini. Walaupun jarak Melaka dengan Port Dickson ni takde la jauh mana pun, satu jam lebih je.

Aku still homesick teruk. Sangat sangat teruk. Nak tahu macam mana teruknya tu?

Dalam dewan taming sari, orang tengah bagi taklimat, aku duduk kat kerusi sambil tersengguk sengguk (tapi still cover ok depan public) mata berair je. Ada je yang tak kena tau. Masa one of the PM tu cakap "kamu semua dah officially jadi student uitm!!!!wohhhooo!!!" Dewan tu riuh dengan tepukan dan jeritan padu student student part 1. Seronoklah tu jadi student uitm eh,but there is one girl,sitting in her place quietly, bila dengar je ayat tu, bergenang air mata...dalam hati "aku nak balik! Aku taknak jadi budak u!" hahahahahaha, rasa nak gelak pun ada bila teringat masa MDS tu.

And mungkin Allah jumpakan aku dengan seseorang yang boleh dengar semua luahan hati. Aku jumpa sorang budak ni, sama course tapi dia MC111 so kira tak sama gak la kan 😅😅 kitorang berborak and rupanya dia banyak persamaan and we have a really good chemistry i think. Dia anak bongsu, dia dah ada anak buah. Dan yang penting, dia pun homesick. Hahahaha. Seriously kitorang cerita pasal parents je,time tulah insaf selalu melawan cakap mama,gaduh dgn mama,menipu mama semua hahaha. Her nama is Ana anyway. Bayangkan,masa gap nak tunggu azan isyak pun,kitorang bercerita rindukan parents sampai dua dua terdiam sebab mata dah penuh air mata. Bergenang habis dah ni. Hahaha.

And homesick ni jadi lagi teruk bila housemates kau semua ada class pagi tapi kau sorang je class petang so kau takde kerja nak buat. Yes,it was the hardest bila aku sorang kat rumah. Definitely i cry. Sebab apa tau,bila ada kawan,at least kita boleh borak, ini takde benda nak buat, bulan puasa laktu. Nak ngaji ke apa al quran semua tertinggal kat pd. So what i did was aku whatsapp semua orang yang online. Especially syazwani,i called her everyday menangis meraung nak balik pd. "Tolongla aku weh,aku nak balik ni" ayat wajib aku setiap pagi. Boleh dikatan rutin wajib setiap hari mesti nangis homesick

Dan lagi syahdu dan kelakarnya, one of my housemate pun lebih kurang aku je. So kalau kitorang tetibe rasa dah tak kena tu,kitorang masuk bilik kosong then nangis dua orang sama sama. Hahaha. Haritu siap nangis bertiga lagi. Haaaa.

3 hari pertama tu,makan semua tak menentu ok. Perut masuk angin jangan cakapla, yang indigestion lagi. Beli nugget 2 ketui, satu ketui pun aku tak habis. Tak masuk lagi dengan makanan sahur yang membuat aku teringat rumah. Biasanya sahur makan nasi tetibe kalini makan nestum dan oat. Paksa gak habiskan lepastu rasa nak muntah. Hahahaa 😢😂😁


Tak campur lagi dengan bila tengok nestum,oat,milo 3 in 1 ni teringat pulak masa beli barang-barang tu dgn mama dengan kakak dengan abang aki kat TF. Huhu. Sedih lagi. Sebak tau.

Siapa yang baca ni,doakan lah aku punya homesick ni cepat hilang dan boleh ngam dah dengan 'student life'

HOMESICK IS REAL

No comments:

Post a Comment