SELAMAT BERPUASA SEMUAAAA!!
(harap masih tak terlambat)
Tahun ni merupakan tahun pertama seketui Hanim berpuasa berjauhan daripada keluarga dan rumah. Sebab dah masuk belajar kan.
Jadi,banyak sangat perbezaan puasa tahun ni dengan tahun-tahun sebelum ini, lebih specific tahun lepaslah. Sebab tahun lepas masih duduk dengan family dan masih bergelar pelajar sekolah. Huhu
Yang bestnya bagi aku puasa jauh daripada family ni is i'd get to choose what i want to eat. Misal kata harini tetibe teringin nak makan char kuey teow, pergi bazaar je terus zappp dapat. Kalau kat rumah mama akan masak yang semua orang boleh makan, benda wajib is ayam lah of course, sebab abg syafiq makan ayam je.
Second, environment baru dengan housemates.Bincang makan apa berbuka dan kira bajet sesama supaya tak over. Sambil berbuka, berborak-borak bagai. Paling tak tahan bila semua melepet sama-sama tunggu azan maghrib lagi 2 minit. Kahkah.
Housemates aku pulak taste makan diorang macam orang tua. HAHAHAHA. Macam aku ni kebiasaannya aku kalau minat makanan tu,sampai bila-bila aku makan. And aku tak suka try makanan yang tak biasa makan,takut tak sedap,tapi housemates semua ajar makan makanan favorite diorang. Contoh macam nasi lemak lauk paru. Wth dulu mama beli aku tak pernah sentuh pun paru tu. Then, nasi ambeng. Not bad gak rasa dia. Yang paling dahsyat, my one and only milo ais. Milo ais is not my peberet anymore!! Teh ais sini bapak sedap! Setiap malam rajin turun cafe pekena teh ais. Padahal dari kecik kalau gi memana aku order milo ais je. Hihi. Dah kurang memilihlah sekarang ni.
Yang tak bestnya puasa jauh ni, tulah selalu rindu suasana kat rumah, tetibe flashback berbuka kat rumah. Teringat pergi bazar dengan abang or mama abah untuk cari kuih muih,ayam percik and murtabak. Tak masuk lagi dengan part flashback zaman form 5 berbuka dengan classmates kat sekolah sebab malam tu ada extra class. Serious rindu. Sampai terbawak-bawak sekarang ni dalam group class. Rindu Sir Loh yang suka karipap!
Then, masalah duit yang mengalir dengan deras tanpa rasa belas ihsan. THIS IS SERIOUS. Mula-mula gelabah jugak tanya orang berapa yang patut spend untuk beli makanan iftar. Awal-awal habis around rm15. Lepas tu cuba kawal nafsu kat bazar, so aku dan housemate cuma spend around rm10 je. Tu pun still nak kurangkan lagi sebab still membaziaqqq. Hilang pahala puasa aku. Hahahaha
Tu jelah yang aku rasa pros and cons berpuasa jauh dengan family. Macam mana pulak lah dengan orang yang puasa kat luar negara kan, lagi payah. Nak cari makanan halal lagi. Huhu. Semoga Allah permudahkan urusan mereka.
*homesick ni dah makin kurang hehe alhamdulillah* 😁😁😁😁😊☺😊☺
HELLO!
Wednesday, June 22, 2016
Monday, June 13, 2016
Tips hilang homesick
Seperti yang diceritakan sebelum ini,Hanim is the queen of homesick. Hahaha. Walaupun homesick aku ni belum hilang and masih struggling dengan homesick ni, i wanna share a few tips on how to heal your homesickness. Eh.
Ini daripada pandangan dan perspektif aku sendiri, tak copy and tiru mana mana blog pun! So kalau ada yang rasa macam tak berkesan,maaflah ye. Manusia tak sama. Tapi at least membantu kot InshaAllah sama sama doakan.
-First,keep yourself busy. Macam aku,bila takda class,aku akan mencari housemate lain untuk berborak. Aku masuk bilik dia dan borak. Ceritalah macam-macam, tanya-tanya ke. Alhamdulillah aku dapat housemates yang faham sangat dgn keadaan aku yang homesick ni. So biasanya kitorang lepak ramai-ramai dalam bilik orang. Sangat seronok,kelakar.
-Elakkan masuk bilik sendiri. Kalau tips kedua ni, dia ikut pada diri orang tu. Macam aku ni sejenis yang bila masuk bilik, tengok cadar pun boleh bergenang air mata sbb teringat beli sama sama dengan mama. In fact air mineral yg mama bekalkan untuk aku pun buat homesick tu datang. Dahla botol air tu jenama KELUARGA. Ko rasa? Hahaha
-Jangan terlalu fikirkan. Ini sangat penting bila kau sesorang kat rumah, yang lain semua pi class. Tipulah cakap yang kau tak fikirkan,sebab memang kau akan terfikir. MEMANG. Tapi cecepat bukak whatsapp,tegur semua orang. So then kau mcm terlupa dan akhirnya kau ok. Lol macam tak membantu kan.
-Nangis je kalau rasa nak menangis. Hahaha ini paling penting. Biarlah orang lain kata yang dia sejenis yang sado contohnya, 'hm aku ni jenis yg tak mudah menangis' ignore je ok. Kau kena tahu dalam dunia ni semua orang tak sama. Semua orang ada cara masing-masing. So please,takyah tahan untuk menangis. Mana tahu orang yang tak mudah menangis tu,bila sedih dia gigit besi ke,hentak kepala kat dinding ke, haaa lagi teruk. At least kau sedih tapi tak menyakitkan diri kau. As for me, bila lepas nangis i feel a bit better. Rasa mcm okay sikit. Who cares kalau mata bengkak ke,its your eyes! Takyah kisah orang nak kata apa. Bersyukurlah masih dapat menangis,ada air mata lagi. Macam kat kolej, aku akan nangis sorang-sorang dan berjemaah. Mungkin awal kan,so kita fahamlah ye. Hahaha
-Ngadu pada Allah. Ini penting gak sebenarnya, kalau kita share dengan Allah,kita rasa selamat, semua rahsia dan masalah kita rasa selamat. Bukan lama pun. Bagitahu semua perasaan kita sbb Allah kan dengar semuanya. Spend masa lebih dengan Tuhan. Cerita apa yang jadi,apa yang buat kau sedih pada Dia. Tapi jangan pulak,bila dah happy,terus lupa Allah. Takmo k takmo.
Ini je kot yg aku rasa tips. Hahaha maafkan ampunkan diriku kalau tak rasa tips tips ni membantu. I tried my best to help others yang mengalami benda yg sama. To those yang homesick, i pray to Allah to ease our journey as a student. Amin.
Sunday, June 12, 2016
Homesick teruk
Tajuk pun dah sheram kan. Sebelum start, aku akan bagi definition of homesick pada pandangan aku lah eh.
Homesick ni macam satu penyakit mengada ngada bila kau duduk jauh dengan family, kau teringat rumah kau,teringat bilik kau,teringat toilet and whatsoever. Dan yang paling utamanya,kau akan teringat family kau especially your parents. Nak nak kau pulak tak pernah duduk boarding school or tak pernah berjauhan dengn family
Dan aku sedang melalui zaman kepahitan hidup homesick tu sekarang.
So aku almost 2 weeks masuk universiti. 4 hari MDS (Minggu Destini Siswa) dan seminggu kat sini. Walaupun jarak Melaka dengan Port Dickson ni takde la jauh mana pun, satu jam lebih je.
Aku still homesick teruk. Sangat sangat teruk. Nak tahu macam mana teruknya tu?
Dalam dewan taming sari, orang tengah bagi taklimat, aku duduk kat kerusi sambil tersengguk sengguk (tapi still cover ok depan public) mata berair je. Ada je yang tak kena tau. Masa one of the PM tu cakap "kamu semua dah officially jadi student uitm!!!!wohhhooo!!!" Dewan tu riuh dengan tepukan dan jeritan padu student student part 1. Seronoklah tu jadi student uitm eh,but there is one girl,sitting in her place quietly, bila dengar je ayat tu, bergenang air mata...dalam hati "aku nak balik! Aku taknak jadi budak u!" hahahahahaha, rasa nak gelak pun ada bila teringat masa MDS tu.
And mungkin Allah jumpakan aku dengan seseorang yang boleh dengar semua luahan hati. Aku jumpa sorang budak ni, sama course tapi dia MC111 so kira tak sama gak la kan 😅😅 kitorang berborak and rupanya dia banyak persamaan and we have a really good chemistry i think. Dia anak bongsu, dia dah ada anak buah. Dan yang penting, dia pun homesick. Hahahaha. Seriously kitorang cerita pasal parents je,time tulah insaf selalu melawan cakap mama,gaduh dgn mama,menipu mama semua hahaha. Her nama is Ana anyway. Bayangkan,masa gap nak tunggu azan isyak pun,kitorang bercerita rindukan parents sampai dua dua terdiam sebab mata dah penuh air mata. Bergenang habis dah ni. Hahaha.
And homesick ni jadi lagi teruk bila housemates kau semua ada class pagi tapi kau sorang je class petang so kau takde kerja nak buat. Yes,it was the hardest bila aku sorang kat rumah. Definitely i cry. Sebab apa tau,bila ada kawan,at least kita boleh borak, ini takde benda nak buat, bulan puasa laktu. Nak ngaji ke apa al quran semua tertinggal kat pd. So what i did was aku whatsapp semua orang yang online. Especially syazwani,i called her everyday menangis meraung nak balik pd. "Tolongla aku weh,aku nak balik ni" ayat wajib aku setiap pagi. Boleh dikatan rutin wajib setiap hari mesti nangis homesick
Dan lagi syahdu dan kelakarnya, one of my housemate pun lebih kurang aku je. So kalau kitorang tetibe rasa dah tak kena tu,kitorang masuk bilik kosong then nangis dua orang sama sama. Hahaha. Haritu siap nangis bertiga lagi. Haaaa.
3 hari pertama tu,makan semua tak menentu ok. Perut masuk angin jangan cakapla, yang indigestion lagi. Beli nugget 2 ketui, satu ketui pun aku tak habis. Tak masuk lagi dengan makanan sahur yang membuat aku teringat rumah. Biasanya sahur makan nasi tetibe kalini makan nestum dan oat. Paksa gak habiskan lepastu rasa nak muntah. Hahahaa 😢😂😁
Tak campur lagi dengan bila tengok nestum,oat,milo 3 in 1 ni teringat pulak masa beli barang-barang tu dgn mama dengan kakak dengan abang aki kat TF. Huhu. Sedih lagi. Sebak tau.
Siapa yang baca ni,doakan lah aku punya homesick ni cepat hilang dan boleh ngam dah dengan 'student life'
HOMESICK IS REAL
Saturday, June 11, 2016
Didi & Friends
Seriously, Didi and Friends were too much! My niece (Hana) keeps watching their videos! Ini baru seorang anak buah, kalau dah ada dua tiga orang, memang channel 611 jelah maksu kau ni bukak. Habis melepas Kdrama maksu! Hahahaha
But aku mengaku, Didi and friends never failed to make us laugh. Can u imagine watak Pak Atan is actually a monkey?! Hahahah. Kemain lagi nama monyet sekarang kan?
Hana is to obsessed with Didi and Friends, alah tapi bukan dia sorang je. Ramai lagi yang aku tengok kat Instagram yang obsessed over Didi. Sebab hakak follow IG Didi and friends tau! Nak tahu lagu baru diorang ke. Mak-mak sangatkan.
Kalau balik PD, maksu baru nak bukak kdrama, dia dah datang depan tv, "DIDI DIDI" maksu pun buka jelah. Baju tidur pun banyak Didi. Bila dia pakai, tangan menunjuk nunjuk kat baju, nak show off lah tu dia ada baju Didi. Huh.
The reason aku nak buat post pasal ni is Hana baru je datang kacau maksu dia yang sedang menaip untuk upcoming post sambil berkata 'Didi Didi', terpaksa bukak youtube untuk tengok Didi.
Hana kacau! Hilang idea nak type apa tadi! So kita buat appreciation post untuk Didi and Friends sebab kacau konsentrasi maksu dia! Hahahahaha!

Friday, June 10, 2016
Dugaan
Selama ni, aku hidup dengan pemikiran bahawasanya setiap masalah atau dugaan pasti ada jalan penyelesaian,setiap sakit pasti ada penawarnya. Dan semestinyalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Betul tak. alhamdulillah, semua cobaan sebelum ini aku dapat selesaikan dengan izin Allah.
Cuma baru baru ini aku diuji, mungkin untuk tengok kekuatan aku menghadapi dugaan. Aku ditimpa satu perkara yang tiada jalan penyelesaian. Untuk menjadikan cerita ini tidak semakin complicated, aku dikatakan sakit. Jadi aku pun pegi hospital untuk buat medical check up. Seminggu selepas aku masuk universiti. Aku punya happy jangan cakaplah, sebab aku ingat lepas je aku check up,mesti doctor akan jumpa rawatan atau 'cure' untuk penyakit aku ni. Sebabnya dah lama aku rasa sakit dan tak selesa,cuma tak bagitahu orang je. Sekarang ni baru aku bagitahu.
Rabu- Pagi-pagi Hanim dah bangun sebab nak gi check up. Semangattttt kannn.Terus pergi clinic swasta sbb tak lama menunggu and abah mama pun dah kenal lama nurse-nurse kat sana.
Bila dah check up,eh doctor kata tak nampak apa-apa yang memusykilkan. Hello ingat i tipu ke?! Hahaha so doctor kata pergi check kat KPJ sbb clinic ni ada facilities yang tak cukup contoh mcm x ray (x ray yang paling aku perlukan time tu). So daripada pergi KPJ,abah kata baik pergi Columbia Asia Hospital, sebab dulu pun mama selalu admitted situ. Buat appointment then esok baru dtg.
Khamis- Hanim bangun awal lagi! Sepraiss sangat kan huhu. Datang je sana kemain ramai lagi,mungkin haritu mmg tetibe ramai sakit ke kan. Okay dah penat menunggu, nama aku pun dipanggil oleh nurse. Masuk bilik doc bawak mama abah ok. Ahaha then ada la check up yang kena settlekan. Lepas menunggu lagi,result medical check up pun keluar. Masuk dgn mama je kalini...
Doctor kata,yes,im different. Im not like others. And what sucks, he said that nothing can be fixed. Saya dilahirkan macam tu. And masa tu, i feel like the doctor is crazy. Macam mana dia boleh cakap mcm tu kat aku sedangkan for the rest of my life, aku ingat after this, after the treatment, after the physiotherapy, after the operation (if needed) i could be back to normal! Masa doctor cakap macam tu, i cant even cry tau. It feel like hati tu tersentak and speechless. 'So am i going to live like this forever?' 'siannya husband aku nanti' sempat lagi menggatal Hanim ni.
Aku tak nangis depan doctor, depan mama pun tak. Hanya mengangguk je. Masatu aku baru tahu tak semua benda kita nak kita akan dapat. And, im still thinking that setiap masalah ada solution but not mine for this time i guess?
'Its okay lah nim,everyone is not perfect. At least ure special'
Ayat nak sedapkan hati.
Doakan lah aku ni kuat untuk menghadapi semua onar dan dugaan pada masa hadapan. Huhuhu. Salam.

Sunday, June 5, 2016
Who knows
Who knows,
when physically she looked normal,
but she's broken inside.
She's struggled with the unbearable pain every single day.
Still,she managed to draw a smile on her face,
Cuz she know she's the chosen one.
Subscribe to:
Comments (Atom)